Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الزَمُوا الجهادَ تَصِحُّوا وتَسْتَغْنُوا.
Teks Bahasa Melayu
Lazimilah jihad nescaya kalian akan sihat dan berasa cukup.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 981, hadis no. 5061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة مرفوعا: ((الزموا الجهاد تصحوا وتستغنوا)). [عد، ((الضعيفة)) (1650)]
(Sangat Dhaif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW, ((Lazimilah jihad nescaya kalian akan sihat dan berasa cukup.)) [Disebutkan dalam al-Kamil fi al-Ḍu’afa’ oleh Ibn Adiy. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1650]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman