Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Layanan baik yang diberikan Rasulullah SAW kepada utusan Raja Najasyi ke Madinah

Teks Bahasa Arab

إنَّهمْ كَانوا لأصْحَابِنَا مُكْرِمِينَ، فإني أحبُّ أنْ أكافِئَهُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya mereka adalah golongan yang memuliakan para sahabat kami (ketika hijrah ke Habsyah), maka aku suka untuk membalas jasa layanan kepada mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Qatadah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 110, hadis no. 565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي قتاده - رضي الله عنه -، قال: قدم وفد النجاشي على النبي - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-. فكان يخدمهم، فقال له أصحابه: نحن نكفيك يارسول الله! قال: إنَّهمْ كَانوا لأصْحَابِنَا مُكْرِمِينَ، فإني أحبُّ أنْ أكافِئَهُمْ. [ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5682)]

(Terlalu Daif) Daripada Abu Qatadah RA berkata: Utusan Raja Najasyi telah datang bertemu dengan Nabi SAW, dan Baginda SAW sendiri yang melayan kepada mereka. Lalu para sahabat telah berkata kepada Baginda SAW: "Kami mencukupi (untuk memberi layanan kepada utusan Raja Najasyi) wahai Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW telah bersabda: "Sesungguhnya mereka adalah golongan yang memuliakan para sahabat kami (ketika hijrah ke Habsyah), maka aku suka untuk membalas jasa layanan kepada mereka.” [Riwayat oleh Ibn Jami‘ dalam Mu‘jam al-Shuyukh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5682]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.