Lautan itu adalah neraka jahanam

TEKS BAHASA ARAB

البحر هو جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lautan itu adalah neraka jahanam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1313, hadis nombor 6702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن صفوان بن يعلى عن أبيه رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: البحر هو جهنم. فقالوا: ليعلى؟ فقال: ألا ترون أن الله عز وجل يقول: {نارا أحاط بهم سرادقها}، قال: لا والذي نفس يعلى بيده لا أدخلها (وفي رواية: لا أدخله) أبدا حتى أعرض على الله عز وجل، ولا يصيبني منها (وفي الأخرى: منه) قطرة حتى ألقى الله عز وجل.
[حم، تخ، ك، هق، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (١٠٢٣)]

(Lemah)
Daripada Safwan bin Ya’la daripada ayahnya RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Lautan itu adalah neraka jahanam. Mereka pun bertanya: Kenapa begitu wahai Ya’la? Ya’la menjawab: Tidakkah kamu tahu bahawa Allah ‘azza wa jalla berfirman: {Api neraka yang gelojaknya mengelilingi mereka} [Surah al-Kahfi ayat 29]. Ya’la berkata: Tidak! Demi Tuhan yang jiwa Ya’la berada di tanganNya! Aku tidak akan masuk ke dalamnya selama-lamanya hinggalah aku menyerah kepada Allah ‘azza wa jalla dan aku tidak akan terkena sedikit pun titisan air laut hinggalah aku bertemu Allah ‘azza wa jalla.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1023]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs