Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْبَحْرُ هُوَ جَهَنَّمُ.
Teks Bahasa Melayu
Lautan itu adalah neraka jahanam.
Sahabat Perawi
- Ya'la bin 'Umayyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1313, hadis no. 6702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن صفوان بن يعلى عن أبيه رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: البحر هو جهنم. فقالوا: ليعلى؟ فقال: ألا ترون أن الله عز وجل يقول: {نارا أحاط بهم سرادقها}، قال: لا والذي نفس يعلى بيده لا أدخلها (وفي رواية: لا أدخله) أبدا حتى أعرض على الله عز وجل، ولا يصيبني منها (وفي الأخرى: منه) قطرة حتى ألقى الله عز وجل. [حم، تخ، ك، هق، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (١٠٢٣)]
(Lemah) Daripada Safwan bin Ya'la daripada ayahnya RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Lautan itu adalah neraka jahanam. Mereka pun bertanya: Kenapa begitu wahai Ya'la? Ya'la menjawab: Tidakkah kamu tahu bahawa Allah 'azza wa jalla berfirman: {Api neraka yang gelojaknya mengelilingi mereka} [Surah al-Kahfi ayat 29]. Ya'la berkata: Tidak! Demi Tuhan yang jiwa Ya'la berada di tanganNya! Aku tidak akan masuk ke dalamnya selama-lamanya hinggalah aku menyerah kepada Allah 'azza wa jalla dan aku tidak akan terkena sedikit pun titisan air laut hinggalah aku bertemu Allah 'azza wa jalla. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1023]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman