Laungan azan di suatu kampung dapat menyelamatkan penduduknya daripada azab Allah SWT

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا أذن في قرية آمنها الله من عذابه ذلك اليوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila dilaungkan azan di suatu kampung, maka Allah selamatkannya daripada azabNya pada hari tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1319, hadis nombor 6731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: إذا أذن في قرية آمنها الله من عذابه ذلك اليوم.
[طب، طس، طص، أبو موسى المديني في ((اللطائف))، ((الضعيفة)) (٢٢٠٧)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila dilaungkan azan di suatu kampung, maka Allah selamatkannya daripada azabNya pada hari tersebut.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir, Abu Musa al-Madini dalam al-Lata'if. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2207].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.