Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذا أُذِّن في قَريةٍ آمَنَها الله مِن عذابِهِ ذلك اليَوْمَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila dilaungkan azan di suatu kampung, maka Allah selamatkannya daripada azabNya pada hari tersebut.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1319, hadis no. 6731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: إذا أذن في قرية آمنها الله من عذابه ذلك اليوم. [طب، طس، طص، أبو موسى المديني في ((اللطائف))، ((الضعيفة)) (٢٢٠٧)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila dilaungkan azan di suatu kampung, maka Allah selamatkannya daripada azabNya pada hari tersebut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir, Abu Musa al-Madini dalam al-Lata'if. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2207].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman