Lauk berkuah yang paling disukai oleh baginda ialah cuka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان أحب الصباغ إليه الخل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lauk berkuah yang paling disukai oleh baginda ialah cuka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 410, hadis nombor 2208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: «كان أحب الصباغ إليه الخل». [أبو الشيخ في «أخلاق النبي ﷺ»، «الضعيفة» (4234)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Lauk berkuah yang paling disukai oleh baginda ialah cuka". [Riwayat Abu al-Shaykh dalam Akhlaq al-Nabi ﷺ. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4234].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.