Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَاتِبُوا الْخَيْلَ، فَإِنَّهَا تُعْتِبُ.
Teks Bahasa Melayu
Latihlah kuda kerana ia haiwan yang boleh dilatih.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1637, hadis no. 8282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((عَاتِبُوا الْخَيْلَ، فَإِنَّهَا تُعْتِبُ)). [طب، عد، ((الضعيفة)) (6360)].
(Munkar) Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Latihlah kuda kerana ia haiwan yang boleh dilatih.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6360]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman