TEKS BAHASA ARAB
عاتبوا الخيل، فإنها تعتب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Latihlah kuda kerana ia boleh dilatih.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 427, hadis nombor 2299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «عَاتِبُوا الْخَيْلَ، فَإِنَّهَا تُعْتِبُ». [طب، عد، «الضعيفة» (6360)].
(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Latihlah kuda kerana ia boleh dilatih." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6360].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.