Larangan tidur ketika kekenyangan

TEKS BAHASA ARAB

أذيبوا طعامكم بذكر الله والصلاة، ولا تناموا عليه فتقسوا قلوبكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cernakanlah makanan kamu (terlebih dahulu) dengan zikir kepada Allah dan solat, janganlah kamu tidur dalam keadaan belum dicerna makanan, ia boleh menyebabkan hati kamu menjadi keras.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1401, hadis nombor 7100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: أذيبوا طعامكم بذكر الله والصلاة، ولا تناموا عليه فتقسوا قلوبكم.
[ابن نصر في ((قيام الليل))، عق، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن السني، هب، ((الضعيفة)) (115)]

(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Cernakanlah makanan kamu (terlebih dahulu) dengan zikir kepada Allah dan solat, janganlah kamu tidur dalam keadaan belum dicerna makanan, ia boleh menyebabkan hati kamu menjadi keras.
[Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Lail, al-'Uqaili al-Du'afa' al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn al-Sunni dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 115]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs