Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أذيبوا طعامَكُم بذِكْرِ اللهِ والصَّلاةِ ، ولا تَناموا علَيهِ فتَقسوَا قلوبُكُم.
Teks Bahasa Melayu
Cernakanlah makanan kamu (terlebih dahulu) dengan zikir kepada Allah dan solat, janganlah kamu tidur dalam keadaan belum dicerna makanan, ia boleh menyebabkan hati kamu menjadi keras.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1401, hadis no. 7100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: أذيبوا طعامكم بذكر الله والصلاة، ولا تناموا عليه فتقسوا قلوبكم. [ابن نصر في ((قيام الليل))، عق، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن السني، هب، ((الضعيفة)) (115)]
(Palsu) Daripada 'Aishah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Cernakanlah makanan kamu (terlebih dahulu) dengan zikir kepada Allah dan solat, janganlah kamu tidur dalam keadaan belum dicerna makanan, ia boleh menyebabkan hati kamu menjadi keras. [Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Lail, al-'Uqaili al-Du'afa' al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn al-Sunni dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 115]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman