TEKS BAHASA ARAB
حديث: النهي أن يحلق الرجل رأسه وهو جنب أو يقلم ظفرا أو ينتف حاجبا وهو جنب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Larangan mencukur rambut kepala bagi orang lelaki, memotong kuku, mencabut bulu kening ketika dalam keadaan berjunub.
STATUS
Terlalu lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 198, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن عساكر: منكر بمرة.
Ibn ‘Asakir berkata: Hadith ini munkar (terlalu lemah).
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.