Larangan mencukur kepala ketika sedang berjunub

TEKS BAHASA ARAB

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يحلق الرجل رأسه وهو جنب، أو يقلم ظفرا، أو ينتف حاجبا وهو جنب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang seseorang mencukur kepalanya ketika dia sedang berjunub atau memotong kukunya atau mencabut alis mata ketika dia sedang berjunub.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1222 – 1223, hadis nombor 6228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: دخلي علي النبي صلى الله عليه وسلم في يوم الجمعة، وأنا أفيض علي شيئا من الماء، فقال لي: يا أنس! غسلك للجمعة أم للجنابة؟. فقلت: يا رسول الله! بل للجنابة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: يا أنس! عليك بالحنيك، والفنيك، والضاغطين، والمسين، والمنسبين، وأصول البراجم، وأصول الشعر، واثني عشر نقبا، منها سبعة في وجهك ورأسك، واثنان في سفلتك، وثلاث في صدرك وسرتك، فوالذي بعثني بالحق نبيا! لو اغتسلت بأربعة أنهار الدنيا: سيحان وجيحان، والنيل والفرات، ثم لم تنقهم؛ للقيت الله يوم القيامة وأنت جنب. قال أنس: فقلت: يا رسول الله! وما الحنيك، وما الفنيك وما الضاغطين والمسين وما المنسبين؟ وما أصول البراجم؟ فأومى إليّ رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده: أن الحقني، فلحقته، وأخذ بيدي، وأجلسني بين يديه، وقال لي: يا أنس! أما: (الحنيك) فلحيك الفوقاني، وأما: (الفنيك). ففكك السفلاني، وأما: (الضاغطين) وهما: (المسين) فهما أصول أفخاذك، وأما: (المنسبين) فتفريش آذانك، وأما: (أصول البراجم) فأصول أظافيرك، فوالذي بعثني بالحق نبيا! لتأتي الشعرة كالبعير المربوق حتى تقف بين يدي الله فتقول: إلهي وسيدي! خذ لي بحقي من هذا. فعندها نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يحلق الرجل رأسه وهو جنب، أو يقلم ظفرا، أو ينتف حاجبا وهو جنب.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6167)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Nabi SAW telah masuk menemuiku pada hari Jumaat, ketika itu aku sedang mencurahkan sedikit air atasku, lalu baginda bersabda kepadaku: Wahai Anas! Kamu mandi untuk Jumaat atau untuk Janabah? Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Bahkan untuk janabah, Nabi SAW bersabda: Wahai Anas! Hendaklah kamu membersihkan al-hanik, al-fanik, al-daghitain, al-musain, al-munsibin, usul al-barajim dan pangkal rambut serta 12 lubang; Tujuh antaranya pada wajah dan kepalamu, dua pada bahagian bawahmu, tiga pada dada dan pusatmu. Demi Tuhan yang telah mengutuskan aku dengan kebenaran sebagai seorang Nabi! Kalaulah engkau mandi dengan empat sungai dunia, iaitu Saihan, Jihan, al-Nail dan al-Furat, kemudian kamu tidak membersihkan kesemua itu, kamu pasti bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan kamu berjunub. Anas berkata: Aku pun bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu al-hanik, al-fanik, al-daghitin, al-musin, al-munsibin? Dan apa itu usul al-barajim? Rasulullah SAW pun mengisyaratkan kepadaku dengan tangannya supaya aku mengikuti baginda lalu aku pun mengikutinya, baginda pun memegang tanganku dan mendudukkanku di hadapan baginda seraya bersabda kepadaku: Wahai Anas! Adapun al-hanik adalah janggutmu bahagian atas, al-fanik pula adalah rahang bahagian bawah. Adapun al-daghitain keduanya adalah al-musain, iaitu pangkal paha kamu, adapun al-munsibin adalah telinga kamu, dan usul al-barajim adalah pangkal kuku kamu. Demi Tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran sebagai seorang Nabi! Sehelai rambut benar-benar akan datang seperti unta yang terikat hingga ia berdiri di hadapan Allah, lalu ia berkata: Tuhanku! Tuanku! Ambilkanlah untukku hakku daripada orang ini, kerana itu Rasulullah SAW melarang seseorang mencukur kepalanya ketika dia sedang berjunub atau memotong kukunya atau mencabut alis mata ketika dia sedang berjunub.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6167].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs