Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Larangan masuk ke dalam rumah pada waktu malam selepas pulang daripada permusafiran

Teks Bahasa Arab

إذا قَدِمَ أحَدُكُمْ من سَفَرٍ فَلا يَدخلْ ليلًا، ولْيَضَعْ في خَرْجِهِ ولو حَجَرًا.

Teks Bahasa Melayu

Jika salah seorang daripada kamu tiba daripada permusafiran, janganlah masuk rumah pada waktu malam. Dan letaklah (hadiah) di luar (rumah) walau pun sebiji batu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis no. 5052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((‌إذا ‌قدم أحدكم من سفر فلا يدخل ليلا، وليضع في خرجه ولو حجرا)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (1437)]

(Palsu) Daripada Ibnu Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika salah seorang daripada kamu tiba daripada permusafiran, janganlah masuk rumah pada waktu malam. Dan letaklah (hadiah) di luar (rumah) walau pun sebiji batu. [Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1437]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.