Larangan berkelakuan melampaui batas terhadap orang yang memakai pakaian kulit dan pakaian yang bertampal kerana mereka mempunyai akhlak seperti akhlak para Nabi dan pakaian mereka adalah pakaian para Nabi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تطغوا على أهل الصوف والخرق؛ فإن أخلاقهم أخلاق الأنبياء، ولباسهم لباس الأنبياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan (berkelakuan) melampaui batas terhadap orang yang memakai pakaian kulit dan pakaian yang bertampal (ahli sufi). Ini kerana sesungguhnya akhlak mereka adalah akhlak para Nabi dan pakaian mereka adalah pakaian para Nabi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1640, hadis nombor 8298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لا تَطْغَوا على أهل الصُّوفِ والخِرَقِ؛ فإن أخلاقَهم أخلاقُ الأنبياءِ، ولِباسَهم لباسُ الأنبياءِ)). [فر، ((الضعيفة)) (6017)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Jangan (berkelakuan) melampaui batas terhadap orang yang memakai pakaian kulit dan pakaian yang bertampal (ahli sufi). Ini kerana sesungguhnya akhlak mereka adalah akhlak para Nabi dan pakaian mereka adalah pakaian para Nabi.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6017].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.