Larangan berbekam pada hari tertentu

TEKS BAHASA ARAB

أن عبدالله بن عمر أرسل رسولا فقال: ادع لي حجاما ولا تدعه شيخا ولا صبيا، وقال: احتجموا باسم الله على الريق؛ فإنه يزيد الحافظ حفظا، ولا تحتجموا يوم السبت؛ فإنه يدخل الداء ويخرج الشفاء، واحتجموا يوم الأحد؛ فإنه يخرج الداء ويدخل الشفاء، ولا تحتجموا يوم الاثنين؛ فإنه يوم فجعتم فيه بنبيكم صلى الله عليه وسلم، واحتجموا يوم الثلاثاء؛ فإنه يوم دم، وفيه قتل ابن آدم أخاه، ولا تحتجموا يوم الأربعاء؛ فإنه يوم نحس، وفيه سال عيون الصبر(!)، وفيه أنزلت سورة الحديد، واحتجموا يوم الخميس؛ فإنه يوم أنيس، وفيه رفع إدريس، وفيه لعن إبليس، وفيه رد الله على يعقوب بصره، ورد عليه يوسف، ولا تحتجموا يوم الجمعة؛ فإن فيها ساعة لو وافت أمة محمد؛ لماتوا جميعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ‘Abdullah bin ‘Umar RA telah mengutuskan seorang utusan lalu beliau berkata: Panggilkan buatku seorang tukang bekam dan janganlah kamu memanggil seorang yang tua mahupun kanak-kanak, dan beliau juga berkata: Berbekamlah dengan nama Allah sewaktu perut kosong, maka sesungguhnya ia meningkatkankekuatan hafazan seseorang hafiz itu, dan janganlah kalian berbekam pada hari Sabtu kerana sesungguhnya hari tersebut hari yang masuknya penyakit dan keluarnya penawar. Berbekamlah pada hari Ahad kerana sesungguhnya ia hari yang dikeluarkan penyakit dan masuknya penawar. Janganlah kalian berbekam pada hari Isnin kerana sesungguhnya ia hari yang kalian kehilangan Nabi kalian SAW. Berbekamlah pada hari Selasa kerana sesungguhnya ia hari darah, pada hari itulah anak Adam telah membunuh saudaranya. Janganlah kalian berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya ia hari yang malang, pada hari tersebutlah telah mengalir mata air kesabaran, ketika hari itu juga diturunkan surah al-Hadid. Berbekamlah pada hari Khamis kerana sesungguhnya ia merupakan hari yang menyenangkan. Hari itu diangkatnya Nabi Idris AS, hari tersebut juga dilaknat para Iblis, hari itu juga Allah SWT telah mengembalikan penglihatan Nabi Ya’qub AS dan mengembalikan Nabi Yusuf AS. Janganlah kalian berbekam pada hari Jumaat kerana sesungguhnya dalam hari tersebut ada satu waktu yang jika umat Nabi Muhammad SAW menepatinya, nescaya mereka semua akan mati.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1295, hadis nombor 6626. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن نافع مولى ابن عمر: أن عبدالله بن عمر أرسل رسولا فقال: ادع لي حجاما ولا تدعه شيخا ولا صبيا، وقال: احتجموا باسم الله على الريق؛ فإنه يزيد الحافظ حفظا، ولا تحتجموا يوم السبت؛ فإنه يدخل الداء ويخرج الشفاء، واحتجموا يوم الأحد؛ فإنه يخرج الداء ويدخل الشفاء، ولا تحتجموا يوم الاثنين؛ فإنه يوم فجعتم فيه بنبيكم صلى الله عليه وسلم، واحتجموا يوم الثلاثاء؛ فإنه يوم دم، وفيه قتل ابن آدم أخاه، ولا تحتجموا يوم الأربعاء؛ فإنه يوم نحس، وفيه سال عيون الصبر(!)، وفيه أنزلت سورة الحديد، واحتجموا يوم الخميس؛ فإنه يوم أنيس، وفيه رفع إدريس، وفيه لعن إبليس، وفيه رد الله على يعقوب بصره، ورد عليه يوسف، ولا تحتجموا يوم الجمعة؛ فإن فيها ساعة لو وافت أمة محمد؛ لماتوا جميعا.
[أبو نعيم في ((الطب النبوي))، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6780)].

(Batil)
Daripada Nafi’ mawla Ibn ‘Umar: Sesungguhnya ‘Abdullah bin ‘Umar RA telah mengutuskan seorang utusan lalu beliau berkata: Panggilkan buatku seorang tukang bekam dan janganlah kamu memanggil seorang yang tua mahupun kanak-kanak, dan beliau juga berkata: Berbekamlah dengan nama Allah sewaktu perut kosong, maka sesungguhnya ia meningkatkankekuatan hafazan seseorang hafiz itu, dan janganlah kalian berbekam pada hari Sabtu kerana sesungguhnya hari tersebut hari yang masuknya penyakit dan keluarnya penawar. Berbekamlah pada hari Ahad kerana sesungguhnya ia hari yang dikeluarkan penyakit dan masuknya penawar. Janganlah kalian berbekam pada hari Isnin kerana sesungguhnya ia hari yang kalian kehilangan Nabi kalian SAW. Berbekamlah pada hari Selasa kerana sesungguhnya ia hari darah, pada hari itulah anak Adam telah membunuh saudaranya. Janganlah kalian berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya ia hari yang malang, pada hari tersebutlah telah mengalir mata air kesabaran, ketika hari itu juga diturunkan surah al-Hadid. Berbekamlah pada hari Khamis kerana sesungguhnya ia merupakan hari yang menyenangkan. Hari itu diangkatnya Nabi Idris AS, hari tersebut juga dilaknat para Iblis, hari itu juga Allah SWT telah mengembalikan penglihatan Nabi Ya’qub AS dan mengembalikan Nabi Yusuf AS. Janganlah kalian berbekam pada hari Jumaat kerana sesungguhnya dalam hari tersebut ada satu waktu yang jika umat Nabi Muhammad SAW menepatinya, nescaya mereka semua akan mati.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tib al-Nabawi, Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6780].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs