TEKS BAHASA ARAB
ثمانية أبغض خليقة الله إليه يوم القيامة: السقارون وهم الكذابون، والخيالون وهم المستكبرون، والذين يكنزون البغضاء لإخوانهم في صدورهم، فإذا لقوهم حلفوا لهم، والذين إذا دعوا إلى الله ورسوله كانوا بطأ، وإذا دعوا إلى الشيطان وأمره كانوا سراعاً، والذين لا يشرف لهم طمع من الدنيا إلا استحلوا بأيمانهم وإن لم يكن لهم بذلك حق، والمشاؤون بالنميمة، والمفرقون بين الأحبة، والباغون البراء الدحضة أولئك يقذرهم الرحمن عز وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lapan golongan yang paling dibenci oleh Allah SWT pada Hari Kiamat: Golongan al-Saqqār iaitu para pembohong. al-Khayyālūn iaitu golongan yang sombong. Golongan yang menyimpan perasaan benci dalam hati kepada saudara mereka yang mana apabila bertemu mereka, mereka sanggup bersumpah dihadapan mereka (saudaranya itu). Golongan yang apabila diajak kepada Allah SWT dan Rasul-Nya mereka bersikap lambat, namun apabila diajak kepada syaitan dan urusannya mereka bersegera. Golongan yang tidaklah terzahir sesuatu perkara yang sangat diinginkan daripada dunia melainkan mereka sanggup merubah sumpah-sumpah mereka meskipun mereka tidak ada hak padanya. Golongan yang berjalan dengan mengadu domba. Golongan yang memisahkan antara mereka yang berkasih sayang. Golongan yang mahukan keburukan bagi orang yang tidak bersalah. Mereka itu dihinakan oleh al-Raḥmān ‘Azza Wa Jalla.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 56, hadis nombor 239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الوضين بن عطاء مرفوعا: ((ثمانية أبغض خليقة الله إليه يوم القيامة: السقارون وهم الكذابون، والخيالون وهم المستكبرون، والذين يكنزون البغضاء لإخوانهم في صدورهم، فإذا لقوهم حلفوا لهم، والذين إذا دعوا إلى الله ورسوله كانوا بطاء، وإذا دعوا إلى الشيطان وأمره كانوا سراعا، والذين لا يشرف لهم طمع من الدنيا إلا استحلوا بأيمانهم وإن لم يكن لهم بذلك حق، والمشاؤون بالنميمة، والمفرقون بين الأحبة، والباغون البرآء الدحضة؛ أولئك يقذرهم الرحمن عز وجل)). [((الضعيفة)) (3456)].
(Lemah)
Daripada al-Waḍīn ibn ‘Aṭā’ secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Lapan golongan yang paling dibenci oleh Allah SWT pada Hari Kiamat: Golongan al-Saqqār iaitu para pembohong. al-Khayyālūn iaitu golongan yang sombong. Golongan yang menyimpan perasaan benci dalam hati kepada saudara mereka yang mana apabila bertemu mereka, mereka sanggup bersumpah dihadapan mereka (saudaranya itu). Golongan yang apabila diajak kepada Allah SWT dan Rasul-Nya mereka bersikap lambat, namun apabila diajak kepada syaitan dan urusannya mereka bersegera. Golongan yang tidaklah terzahir sesuatu perkara yang sangat diinginkan daripada dunia melainkan mereka sanggup merubah sumpah-sumpah mereka meskipun mereka tidak ada hak padanya. Golongan yang berjalan dengan mengadu domba. Golongan yang memisahkan antara mereka yang berkasih sayang. Golongan yang mahukan keburukan bagi orang yang tidak bersalah. Mereka itu dihinakan oleh al-Raḥmān ‘Azza Wa Jalla.))
[Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3456].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.