Daif

30/06/2024

minit bacaan



Langkauilah - pada riwayat yang lain: maafkanlah dosa orang-orang yang mulia kerana Allah memegang tangannya setiap kali dia tergelincir

Teks Bahasa Arab

تجافوا ، وفي روايةٍ تجاوزوا عن ذنبِ السَّخِيِّ فإنَّ اللهَ آخذٌ بيدِه كلَّما عَثَرَ.

Teks Bahasa Melayu

Langkauilah - pada riwayat yang lain: maafkanlah dosa orang-orang yang mulia kerana Allah memegang tangannya setiap kali dia tergelincir.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA
  2. Abdullah bin Mas’ud

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 157, hadis no. 783. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود و عبد الله بن عباس - رضي الله عنهم - قالا: ((تجافوا - وفي رواية : تجاوزوا - عن ذنبِ السَخيّ، فإن الله آخٌذ بيِده كلما عَثُر)). [طس، حل، هب، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6661)]

(Daif) Daripada Abdullah bin Mas’ud dan Abdullah bin ‘Abbas RA keduanya berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Langkauilah - pada riwayat yang lain: maafkanlah dosa orang-orang yang mulia kerana Allah memegang tangannya setiap kali dia tergelincir.” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsath. al-Hilyah al-Awliya’ oleh Abi Nu'aim, Sahih Ibn Hibban dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6661

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.