Langit serta bumi yang tujuh melaknat orang tua yang berzina

TEKS BAHASA ARAB

إن السماوات السبع، والأرضين السبع لتلعن الشيخ الزاني، وإن فروج الزناة ليؤذي أهل النار ‌نتن ‌ريحها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Langit serta bumi yang tujuh melaknat orang tua yang berzina. Sesungguhnya kemaluan para penzina akan mengeluarkan bau busuk yang menganggu ahli neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 662, hadis nombor 3414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن بريدة عن أبيه -رضي الله عنه- موقوفا عليه: ((إن السماوات السبع، والأرضين السبع لتلعن الشيخ الزاني، وإن فروج الزناة ليؤذي أهل النار ‌نتن ‌ريحها)) [البزار، ((الضعيفة))، (3011)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Buraidah dari ayahnya secara mauquf (disandarkan kepada sahabat): “Langit serta bumi yang tujuh melaknat orang tua yang berzina. Sesungguhnya kemaluan para penzina akan mengeluarkan bau busuk yang menganggu ahli neraka.” [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3011]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs