Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Langit dan bumi-Ku tidak muat untuk-Ku

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: مَا وسعني أرضي وَلَا سمائي، وَلَكِن وسعني قلب عَبدِي الْمُؤمن.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Langit dan bumi-Ku tidak muat untuk-Ku, namun Aku muat di hati hamba-Ku yang beriman. Maksudnya: Luas hatinya dengan beriman kepada-Ku dan kecintaan kepada-Ku, jika bukan sedemikian, maka ucapan bersatunya (Tuhan dan manusia) adalah kufur.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 165, hadis no. 493. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذا في الإحياء، ومعناه: وسع قلبه الإيمان لي وبمحبتي، وإلا فالقول بالحلول كفر. قال العراقي: لم أر له أصلا. وقال الزركشي: وضعه الملاحدة.

Al-'Iraqi berkata: Aku tidak pernah melihat asalnya. Al-Zarkasyi berkata: Rekaan golongan kafir.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.