Daif

30/06/2024

minit bacaan



Lambang Islam adalah solat

Teks Bahasa Arab

علمُ الإسلامِ الصلاةُ، فمنْ فرَّغَ لها قلبَهُ وحاذَ عليها بحدِّها ووقتِها وسننِها فهو مؤمنٌ.

Teks Bahasa Melayu

Lambang Islam adalah solat. Sesiapa yang melapangkan jantung hatinya untuk menunaikan solat, mendirikannya dengan mengikut ketetapannya, waktunya, serta perkara sunat di dalamnya maka dia merupakan seorang mukmin.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 286, hadis no. 1497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد - رضي الله عنه - مرفوعا: ((علم الإسلام الصلاة، فمن فرغ لها قلبه وحاذ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن)). [عد، خط، ((الضعيفة)) (3868)]

(Daif) Daripada Abu Sa’id RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lambang Islam adalah solat. Sesiapa yang melapangkan jantung hatinya untuk menunaikan solat, mendirikannya dengan mengikut ketetapannya, waktunya, serta perkara sunat di dalamnya maka dia merupakan seorang mukmin. [Riwayat al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi dan Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3868]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.