Lalai (atau lupa) pada tiga perkara

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الغفلة في ثلاث: الغفلة عن ذكر الله، والغفلة عن صلاة الغداة إلى طلوع الشمس، وغفلة الرجل عن نفسه في الدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lalai (atau lupa) pada tiga perkara iaitu: Lalai daripada mengingati Allah, lalai daripada melakukan solat Subuh sehingga terbitnya matahari (habis waktu), dan seseorang lelaki yang lalai dalam urusan hutang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1466, hadis nombor 7466. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو- رضي الله عنهما – مرفوعا: ((الغفلة في ثلاث: الغفلة عن ذكر الله، والغفلة عن صلاة الغداة إلى طلوع الشمس، وغفلة الرجل عن نفسه في الدين)). [الفسوي، هب، الأصبهاني، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة))(3970)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lalai (atau lupa) pada tiga perkara iaitu: Lalai daripada mengingati Allah, lalai daripada melakukan solat Subuh sehingga terbitnya matahari (habis waktu), dan seseorang lelaki yang lalai dalam urusan hutang.
[Riwayat al-Fasawi, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Asbahani dan al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma'ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3970]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.