Lakukanlah syura (mesyuarat) di antara orang yang kuat beribadat

TEKS BAHASA ARAB

لما أقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم من غزوة خيبر، نزل عليه: ﴿إذا جاء نصر الله والفتح﴾ إلى آخر القصة قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: يا علي بن أبي طالب! يا فاطمة! ﴿جاء نصر الله والفتح ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا فسبح بحمد ربك واستغفره إنه كان توابا﴾، على أنه يكون بعدي في المؤمنين الجهاد. قال علي: على ما نجاهد المؤمنين الذين يقولون آمنا؟ قال: على الإحداث في الدين إذا ما عملوا بالرأي ولا رأي في الدين، إنما الدين من الرب أمره ونهيه. قال علي: يا رسول الله! أرأيت إن عرض لنا أمر لم ينزل فيه قرآن ولم يمض فيه سنة منك؟ قال: تجعلونه شورى بين العابدين من المؤمنين ولا تقضونه برأي خاصة، فلو كنت مستخلفا أحدا لم يكن أحق به منك لقدمك في الإسلام، وقرابتك من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وصهرك وعندك سيدة نساء المؤمنين، وقبل ذلك ما كان من بلاء أبي طالب، إياي ونزل القرآن وأنا حريص على أن أرعى له في ولده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW kembali daripada perang Khaibar, turun kepada baginda firman Allah: {Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah} sehingga ke akhir kisah, Rasulullah SAW bersabda: Wahai ‘Ali bin Abi Talib! Wahai Fatimah! {Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadanya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.} (Al-Nasr) dengan syarat berlakunya jihad pada orang mukmin selepasku. ‘Ali berkata: “Untuk apa kami berjihad menentang orang mukmin yang berkata ‘Kami beriman’?” Baginda menjawab: Untuk perkara baru yang mereka amalkan dalam agama; iaitu jika mereka beramal dengan pendapat sendiri dan tidak ada pendapat sendiri dalam agama. Sesungguhnya agama itu daripada Tuhan termasuk segala perintah dan larangan-Nya. ‘Ali berkata: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu jika kami berdepan dengan suatu perkara yang tidak dijelaskan dalam al-Quran dan berlaku dalam sunnah? Baginda menjawab: Lakukanlah syura (mesyuarat) di antara orang yang kuat beribadat dalam kalangan mukminin dan janganlah hanya merujuk kepada satu pendapat sahaja. Jika aku ingin melantik seseorang yang perlu menggantikanku, tidak ada yang lebih layak berbanding kamu kerana kamu antara yang terawal memeluk Islam, juga kerana hubungan kekeluargaan kamu bersama Rasulullah SAW bahkan menjadi menantunya, dan di sisi kamu pula ialah penghulu bagi sekalian wanita yang beriman. Dahulu Abu Talib menghadapi kesukaran keranaku dan al-Quran diturunkan ketika aku sedang menjaga anak-anaknya kerananya.

STATUS

Palsu. Bukti-bukti kepalsuannya begitu jelas

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1955, hadis nombor 9791. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع. آثار الوضع عليه لائحة)
عن عكرمة عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: لما أقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم من غزوة خيبر، نزل عليه: ﴿إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ﴾ إلى آخر القصة قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: يا عَلِيُّ بن أَبِي طَالِبٍ يَا فَاطِمَةُ ﴿ جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِي دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجٗا فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا﴾، عَلَى أَنَّهُ يَكُونَ بَعْدِي فِي الْمُؤْمِنِينَ الْجِهَادُ. قَالَ علي: على ما نُجَاهِدُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَقُولُونَ آمَنَّا؟ قَالَ: عَلَى الإِحْدَاثِ فِي الدِّينِ إِذَا مَا عَمِلُوا بِالرَّأْيِ وَلا رَأْيَ فِي الدِّينِ، إِنَّمَا الدِّينُ مِنَ الرَّبِّ أَمْرُهُ وَنَهْيُهُ. قَالَ عَلِيٌّ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَرَضَ لَنَا أَمْرٌ لَمْ يَنْزِلْ فِيهِ قُرْآنٌ وَلَمْ يمضِ فِيهِ سُنَّةٌ مِنْكَ؟” قَالَ: تَجْعَلُونَهُ شُورَى بَيْنَ الْعَابِدِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَلا تَقْضُونَهُ بِرَأْيِ خَاصَّةٍ فَلَوْ كُنْتُ مُسْتَخْلِفًا أَحَدًا لَمْ يَكُنْ أَحَقَّ بِهِ مِنْكَ لقِدَمِكَ فِي الإِسْلامِ، وقَرابَتِكَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وصِهْرِكَ وَعِنْدَكَ سَيِّدَةُ نِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ، وَقَبْلَ ذَلِكَ مَا كَانَ مِنْ بَلاءِ أَبِي طَالِبٍ إِيَّايَ وَنَزَلَ الْقُرْآنُ وَأَنَا حَرِيصٌ عَلَى أَنْ أَرْعَى لَهُ فِي وَلَدِهِ.
[طب، الضياء، الضعيفة (6814)]

(Palsu. Bukti-bukti kepalsuannya begitu jelas)
Daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Apabila Rasulullah SAW kembali daripada perang Khaibar, turun kepada baginda firman Allah: {Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah} sehingga ke akhir kisah, Rasulullah SAW bersabda: Wahai ‘Ali bin Abi Talib! Wahai Fatimah! {Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadanya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.} (Al-Nasr) dengan syarat berlakunya jihad pada orang mukmin selepasku. ‘Ali berkata: “Untuk apa kami berjihad menentang orang mukmin yang berkata ‘Kami beriman’?” Baginda menjawab: Untuk perkara baru yang mereka amalkan dalam agama; iaitu jika mereka beramal dengan pendapat sendiri dan tidak ada pendapat sendiri dalam agama. Sesungguhnya agama itu daripada Tuhan termasuk segala perintah dan larangan-Nya. ‘Ali berkata: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu jika kami berdepan dengan suatu perkara yang tidak dijelaskan dalam al-Quran dan berlaku dalam sunnah? Baginda menjawab: Lakukanlah syura (mesyuarat) di antara orang yang kuat beribadat dalam kalangan mukminin dan janganlah hanya merujuk kepada satu pendapat sahaja. Jika aku ingin melantik seseorang yang perlu menggantikanku, tidak ada yang lebih layak berbanding kamu kerana kamu antara yang terawal memeluk Islam, juga kerana hubungan kekeluargaan kamu bersama Rasulullah SAW bahkan menjadi menantunya, dan di sisi kamu pula ialah penghulu bagi sekalian wanita yang beriman. Dahulu Abu Talib menghadapi kesukaran keranaku dan al-Quran diturunkan ketika aku sedang menjaga anak-anaknya kerananya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat silsilah al-Da‘ifah, no. 6814]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.