Lakukanlah solat Subuh pada awal waktunya, kerana ia lebih mendapatkan pahala yang besar

TEKS BAHASA ARAB

صبحوا بالصبح؛ فإنه أعظم للأجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lakukanlah solat Subuh pada awal waktunya, kerana ia lebih mendapatkan pahala yang besar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 283, hadis nombor 1475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا اللفظ) عن بلال – رضي الله عنه – مرفوعا: ((صبحوا بالصبح؛ فإنه أعظم للأجر)).
[ابن النجار في ((ذيل تاريخ بغداد))، ((الضعيفة)) (3768)]

(Palsu Dengan Lafaz Ini) Daripada Bilal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lakukanlah solat Subuh pada awal waktunya, kerana ia lebih mendapatkan pahala yang besar.
[Riwayat Ibn al-Najjar dalam Dzayl Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3768]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs