Lakukanlah solat Subuh ketika langit sedikit cerah

TEKS BAHASA ARAB

أسفروا بصلاة الغداة ينظر الله لكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lakukanlah solat Subuh ketika langit sedikit cerah, nescaya Allah akan memandang ke arah kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 264, hadis nombor 1375. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أسفروا بصلاة الغداة ينظر الله لكم)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2766)]

(Munkar)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lakukanlah solat Subuh ketika langit sedikit cerah, nescaya Allah akan memandang ke arah kamu.
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2766]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs