Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَلُّوا رَكْعَتَيْ الضُحى بِسُورَتَيهَا: {والشمس وضحاها}، و{الضحى}.
Teks Bahasa Melayu
Lakukanlah solat Duha dua rakaat dengan membaca dua surah iaitu Surah al-Shams dan Surah al-Duha.
Sahabat Perawi
- Uqbah bin 'Amir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1471, hadis no. 7493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عقبة بن عامر- رضي الله عنه - مرفوعا: ((صلوا ركعتي الضحى بسورتيها: {والشمس وضحاها}، و{الضحى})). [الروياني، فر،((الضعيفة))(3774)]
(Palsu) Daripada 'Uqbah bin 'Amir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lakukanlah solat Duha dua rakaat dengan membaca dua surah iaitu Surah al-Shams dan Surah al-Duha. [Riwayat al-Ruwiyani dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3774]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman