Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Lakukanlah sesuatu perkara itu dengan teliti

Teks Bahasa Arab

خذِ الأمرَ بالتَّدبرِ ، فإن رأيتَ في عاقبتِهِ خيرًا ، فأمضِه ، وإن خفتَ غيًّا فأمسِكْ.

Teks Bahasa Melayu

Lakukanlah sesuatu perkara itu dengan teliti. Sekiranya kamu melihat pada kesudahannya ada kebaikan, maka teruskanlah. Sekiranya kamu takut kesudahannya ada keburukan, maka berhentilah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 195, hadis no. 1010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - أن رجلا قال للنبي - صلى الله عليه وسلم -: أوصني، فقال: ((خذ الأمر بالتدبر، فإن رأيت في عاقبته خيرا، فأمضه، وإن خفت غيا فأمسك)). [هب، عب، عد، البغوي، فر، ((الضعيفة)) (2378)]

(Terlalu Daif) Daripada Anas RA Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berilah wasiat kepadaku. Lalu baginda berkata: Lakukanlah sesuatu perkara itu dengan teliti. Sekiranya kamu melihat pada kesudahannya ada kebaikan, maka teruskanlah. Sekiranya kamu takut kesudahannya ada keburukan, maka berhentilah. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman, 'Abd al-Razzaq dalam Musannaf beliau, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, al-Baghawi dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2378]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.