TEKS BAHASA ARAB
تعمل الرحال إلى أربعة مساجد: إلى المسجدِ الحرام، ومسجدي هذا، والمسجدِ الأقصى، وإلى مسجد الجند.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lakukanlah perjalanan ke empat buah masjid: Masjid al-Haram, masjid aku ini, Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Janad.
STATUS
Batil dengan menyebut masjid al-Janad
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1928 hadis nombor 9677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل بذكر: (مسجد الجند))
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: تعمل الرحال إلى أربعة مساجد: إلى المسجدِ الحرام، ومسجدي هذا، والمسجدِ الأقصى، وإلى مسجد الجند.
[ابن عبدالبر، ((الضعيفة)) (6346)]
(Batil dengan menyebut masjid al-Janad)
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Lakukanlah perjalanan ke empat buah masjid: Masjid al-Haram, masjid aku ini, Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Janad.
[Riwayat Ibn 'Abd al-Barr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6346]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.