Lakukanlah kebaikan kepada ahlinya, juga kepada bukan ahlinya

TEKS BAHASA ARAB

افعلوا المعروف إلى من هو أهله، وإلى من ليس من أهله، فإن أصبتم أهله، فقد أصبتم أهله وإن لم تصيبوا أهله؛ فأنتم أهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lakukanlah kebaikan kepada ahlinya, juga kepada bukan ahlinya, jika kamu lakukan kepada ahlinya, maka (kamu telah melakukan kebaikan) kepada yang selayaknya, atau sekiranya tidak mengenai ahlinya, maka kamu adalah ahlinya (kamu yang akan mendapatkan kebaikan).

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 873, hadis nombor 4474. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جعفر بن محمد عن أبيه مرفوعا به: ((افعلوا المعروف إلى من هو أهله، وإلى من ليس من أهله، فإن أصبتم أهله، فقد أصبتم أهله وإن لم تصيبوا أهله؛ فأنتم أهله)). [الشافعي في ((سننه))، أبو القاسم الحسيني في ((الأمالي))، أبو بكر محمد بن إبراهيم المقرئ في ((جزئه))، ((الضعيفة)) (2521)].

(Lemah)
Daripada Ja’far bin Muhammad dari ayahnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Lakukanlah kebaikan kepada ahlinya, juga kepada bukan ahlinya, jika kamu lakukan kepada ahlinya, maka (kamu telah melakukan kebaikan) kepada yang selayaknya, atau sekiranya tidak mengenai ahlinya, maka kamu adalah ahlinya (kamu yang akan mendapatkan kebaikan).”
[Riwayat al-Syafie dalam Sunannya, Abu al-Qasim al-Husaini dalam al-Amali dan Abu Bakr Muhammad bin Ibrahim al-Muqri’ dalam Juz'nya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2521].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs