TEKS BAHASA ARAB
أحسنوا، فإن غلبتم فكتاب الله وقدره، لا تدخلوا (اللو)، فإن من أدخل (اللو) عليه، دخل عليه عمل الشيطان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lakukanlah kebaikan, dan jika kalian tertewas maka ia adalah ketetapan Allah dan ketentuan-Nya. Janganlah kalian masukkan (berkalau-kalau), kerana sesiapa yang memasukkan (berkalau-kalau) padanya, telah masuk padanya amalan syaitan.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1989, hadis nombor 9963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أحسنوا، فإن غلبتم فكتاب الله وقدره، لا تدخلوا (اللو)، فإن من أدخل (اللو) عليه، دخل عليه عمل الشيطان)).
[خط، ((الضعيفة)) (2081)]
(Sangat Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Lakukanlah kebaikan, dan jika kalian tertewas maka ia adalah ketetapan Allah dan ketentuan-Nya. Janganlah kalian masukkan (berkalau-kalau), kerana sesiapa yang memasukkan (berkalau-kalau) padanya, telah masuk padanya amalan syaitan.”
[Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2081]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.