Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Lakukanlah kebaikan, dan jika kalian tertewas maka ia adalah ketetapan Allah dan ketentuan-Nya

Teks Bahasa Arab

أحسِنوا، فإن غُلِبتُم فكتابُ اللهِ و قدَرُهُ، لا تُدخِلوا ( اللَّوَّ ) ؛ فإنَّ مَن أدخل ( اللَّوَّ ) عليهِ، دخل عليه عمَلُ الشَّيطانِ.

Teks Bahasa Melayu

Lakukanlah kebaikan, dan jika kalian tertewas maka ia adalah ketetapan Allah dan ketentuan-Nya. Janganlah kalian masukkan (berkalau-kalau), kerana sesiapa yang memasukkan (berkalau-kalau) padanya, telah masuk padanya amalan syaitan.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1989, hadis no. 9963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أحسنوا، فإن غلبتم فكتاب الله وقدره، لا تدخلوا (اللو)، فإن من أدخل (اللو) عليه، دخل عليه عمل الشيطان)). [خط، ((الضعيفة)) (2081)]

(Sangat Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Lakukanlah kebaikan, dan jika kalian tertewas maka ia adalah ketetapan Allah dan ketentuan-Nya. Janganlah kalian masukkan (berkalau-kalau), kerana sesiapa yang memasukkan (berkalau-kalau) padanya, telah masuk padanya amalan syaitan.” [Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2081]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.