Lakukanlah haji, sesungguhnya haji akan membersihkan dosa seperti mana air membersihkan kotoran

TEKS BAHASA ARAB

حجوا، فإن الحج ‌يغسل ‌الذنوب كما يغسل الماء الدرن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lakukanlah haji, sesungguhnya haji akan membersihkan dosa seperti mana air membersihkan kotoran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 729, hadis nombor 3720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن جراد – رضي الله عنه – مرفوعا وموقوفا: ((حجوا، فإن الحج ‌يغسل ‌الذنوب كما يغسل الماء الدرن)). [يوسف بن خليل في ((السباعيات))، طس، ((الضعيفة)) (542)]

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Jarad RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan mauquf (disandarkan kepada sahabat): Lakukanlah haji, sesungguhnya haji akan membersihkan dosa seperti mana air membersihkan kotoran.
[Riwayat Yusuf bin Khalil dalam al-Suba’iyyat dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 542]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs