Lakukanlah haji sebelum kamu tidak mampu melakukan haji

TEKS BAHASA ARAB

حجوا قبل أن لا تحجوا، فكأني أنظر إلى حبشي أصمع، أفدع، ‌بيده ‌معول يهدمها حجرا حجرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lakukanlah haji sebelum kamu tidak mampu melakukan haji. Seperti aku melihat kepada seorang Habsyi yang telinganya kecil, bengkok, di tangannya ada cangkul yang digunakan untuk menghancurkan batu satu demi satu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 729 – 730, hadis nombor 3721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((حجوا قبل أن لا تحجوا، فكأني أنظر إلى حبشي أصمع، أفدع، ‌بيده ‌معول يهدمها حجرا حجرا)). [ك، حل، هق، ((الضعيفة)) (544)]

(Palsu)
Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lakukanlah haji sebelum kamu tidak mampu melakukan haji. Seperti aku melihat kepada seorang Habsyi yang telinganya kecil, bengkok, di tangannya ada cangkul yang digunakan untuk menghancurkan batu satu demi satu.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 544]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs