Lakukanlah amalan yang mudah, namun kamu diberikan ganjaran yang banyak

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد توجه بأضحيته إلى القبلة إلا كان دمها وفرثها وصوفها حسنات محضرات في ميزانه يوم القيامة، فإن الدم – وإن وقع في التراب؛ فإنما – يقع في حرز الله حتى يوفيه الله صاحبه يوم القيامة. وقال صلى الله عليه وسلم: اعملوا يسيرا؛ تجزوا كثيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang hamba menghadapkan haiwan korbannya ke arah kiblat melainkan darahnya, najisnya dan bulunya (kulit) menjadi kebaikan-kebaikan yang akan dibawakan kepada timbangannya di hari kiamat. Sesungguhnya darah tersebut – sekalipun terjatuh ke tanah – ia akan berada dalam jagaan Allah hinggalah Allah tunaikan kepada pemiliknya pada hari kiamat. Baginda SAW juga bersabda: Lakukanlah amalan yang mudah, namun kamu diberikan ganjaran yang banyak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1378, hadis nombor 7012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عائشة رضي الله عنها، قالت: يا أيها الناس! ضحوا، وطيبوا بها أنفسا، فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ما من عبد توجه بأضحيته إلى القبلة إلا كان دمها وفرثها وصوفها حسنات محضرات في ميزانه يوم القيامة، فإن الدم – وإن وقع في التراب؛ فإنما – يقع في حرز الله حتى يوفيه الله صاحبه يوم القيامة. وقال صلى الله عليه وسلم: اعملوا يسيرا؛ تجزوا كثيرا.
[ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6348)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, katanya: Wahai manusia! Korbankanlah haiwan, ia boleh mententeramkan jiwa kita kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang hamba menghadapkan haiwan korbannya ke arah kiblat melainkan darahnya, najisnya dan bulunya (kulit) menjadi kebaikan-kebaikan yang akan dibawakan kepada timbangannya di hari kiamat. Sesungguhnya darah tersebut – sekalipun terjatuh ke tanah – ia akan berada dalam jagaan Allah hinggalah Allah tunaikan kepada pemiliknya pada hari kiamat. Baginda SAW juga bersabda: Lakukanlah amalan yang mudah, namun kamu diberikan ganjaran yang banyak.
[Riwayat Ibn 'Abd al-Bar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6348]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs