Laksanakanlah hak majlis: Berzikir kepada Allah dengan banyak, tunjukilah jalan dan tundukkanlah pandangan

TEKS BAHASA ARAB

أدوا حق المجالس: اذكروا الله كثيرا، وأرشدوا السبيل، وغضوا الأبصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Rasulullah, apa yang perlu kami lakukan ketika mengadakan majlis? Baginda menjawab: “Laksanakanlah hak majlis: Banyakkan mengingati Allah SWT, tunjukilah jalan dan tundukkanlah pandangan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1571, hadis nombor 7951. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن حنيف، قال: قال أهل العالية: يا رسول الله، لا بد لنا من مجالس؟، قال: ((أدوا حق المجالس: اذكروا الله كثيرا، وأرشدوا السبيل، وغضوا الأبصار)). [طب،((الضعيفة)) (6969)].

(Lemah)
Daripada Sahl bin Hanif, beliau berkata bahawa penduduk ‘Aliyah bertanya: "Wahai Rasulullah, apa yang perlu kami lakukan ketika mengadakan majlis?" Baginda menjawab: ((Laksanakanlah hak majlis: Banyakkan mengingati Allah SWT, tunjukilah jalan dan tundukkanlah pandangan.))[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6969].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs