Laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu maka kamu menjadi orang yang paling banyak beribadah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أد ما افترضه الله عليك تكن أعبد الناس، وازهد فيما حرم الله عليك تكن أروع الناس، وارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu maka kamu menjadi orang yang paling banyak beribadah, bersikap zuhudlah terhadap apa yang Allah haramkan buatmu maka kamu menjadi orang yang paling warak dan redalah terhadap apa yang Allah agihkan buatmu maka kamu menjadi orang yang paling kaya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 458, hadis nombor 2454. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يوسف بن جوان – من أهل فلسطين – قال: خرجنا نريد العزف، فمررت بحمص فقيل لي: ههنا رجل يحدث عن النبي ﷺ، فأتيته، فإذا هو أبو أمامة الباهلي، فسمعته يحدث عن رسول الله ﷺ قال: «أد ما افترضه الله عليك تكن أعبد الناس، وازهد فيما حرم الله عليك تكن أروع الناس، وارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس». [ابن أبي حاتم في «العلل»، «الضعيفة» (2192)].

(Lemah) Daripada Yusuf bin Juwan – kalangan penduduk Palestin – beliau berkata: Kami keluar menuju bunyi, lalu aku melintasi kota Homs lantas diberitahu kepadaku: “Disinilah ada seorang lelaki yang menyampaikan hadis daripada Nabi ﷺ", maka aku pun pergi kepadanya. Ternyata beliau ialah Abu Umamah al-Bahili. Maka aku mendengarkan beliau menyampaikan hadis daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: “Laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu maka kamu menjadi orang yang paling banyak beribadah, bersikap zuhudlah terhadap apa yang Allah haramkan buatmu maka kamu menjadi orang yang paling warak dan redalah terhadap apa yang Allah agihkan buatmu maka kamu menjadi orang yang paling kaya.” [Riwayat Ibn Abu Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2192].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.