Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغِناءُ يُنْبِتُ النِّفاقَ في القلبِ.
Teks Bahasa Melayu
Lagu menumbuhkan sifat munafik di dalam hati.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1617, hadis no. 8159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود - رضي الله عنه-، قال: سمعتُ رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((الغناء ينبت النفاق في القلب)). [د، ابن أبي الدنيا في ((ذم الملاهي))، ((الضعيفة)) (2430)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Lagu menumbuhkan sifat munafik di dalam hati.)) [Riwayat Abi Dawud dalam Sunannya dan Ibn Abi al-Dunya dalam Zam al-Malahi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2430].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman