Lagu dan hiburan menumbuhkan sifat munafik di dalam hati seperti air menumbuhkan kayu

TEKS BAHASA ARAB

الغناء واللهو ينبتان النفاق في القلب كما ينبت الماء العشب، والذي نفسي بيده، إن القرآن والذكر لينبتان الإيمان في القلب، كما ينبت الماء العشب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lagu dan hiburan menumbuhkan sifat munafik di dalam hati seperti air menumbuhkan rumput. Demi jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya al-Quran dan zikir menumbuhkan iman di dalam hati sama seperti air menumbuhkan rumput.

STATUS

Mawdu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1588, hadis nombor 8027. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس مرفوعاً: ((الغناء واللهو ينبتان النفاق في القلب كما ينبت الماء العشب، والذي نفسي بيده، إن القرآن والذكر لينبتان الإيمان في القلب، كما ينبت الماء العشب)). [فر، ((الضعيفة)) (6515)].

(Mawdu’) Daripada Anas RA berkata: Telah berkata Rasulullah SAW: ((Lagu dan hiburan menumbuhkan sifat munafik di dalam hati seperti air menumbuhkan rumput. Demi jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya al-Quran dan zikir menumbuhkan iman di dalam hati sama seperti air menumbuhkan rumput.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6515].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.