Mawdu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغِناءُ واللهوُ يُنبِتانِ النفاقَ في القلبِ كما يُنبِتُ الماءُ العُشبَ، والذي نفسي بيده إنَّ القرآنَ والذِّكرَ ليُنبِتانِ الإيمانَ في القلبِ كما يُنبِتُ الماءُ العُشبَ.
Teks Bahasa Melayu
Lagu dan hiburan menumbuhkan sifat munafik di dalam hati seperti air menumbuhkan rumput. Demi jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya al-Quran dan zikir menumbuhkan iman di dalam hati sama seperti air menumbuhkan rumput.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawdu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1588, hadis no. 8027. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس مرفوعاً: ((الغناء واللهو ينبتان النفاق في القلب كما ينبت الماء العشب، والذي نفسي بيده، إن القرآن والذكر لينبتان الإيمان في القلب، كما ينبت الماء العشب)). [فر، ((الضعيفة)) (6515)].
(Mawdu’) Daripada Anas RA berkata: Telah berkata Rasulullah SAW: ((Lagu dan hiburan menumbuhkan sifat munafik di dalam hati seperti air menumbuhkan rumput. Demi jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya al-Quran dan zikir menumbuhkan iman di dalam hati sama seperti air menumbuhkan rumput.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6515].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman