Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العَنْكَبُوتُ شَيْطَانٌ مَسَخَهُ اللهُ فَاقْتُلُوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Labah-labah merupakan syaitan yang diubah oleh Allah maka bunuhlah ia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1657, hadis no. 8364. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((العنكبوت شيطان مسخه الله فاقتلوه)). [عد، ((الضعيفة)) (151)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’: ((Labah-labah merupakan syaitan yang diubah oleh Allah maka bunuhlah ia)). [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 151].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman