Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عن ابن عباس قال: سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن قول الله (وسع كرسيه السموات والأرض) قال: " كرسيه موضع قدمه، والعرش لا يقدر قدره "
Teks Bahasa Melayu
Daripada Ibn Abbas R.anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Nabi SAW telah ditanya mengenai firman Allah SWT: ‘Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi’ (Al-Baqarah: 255). Lalu Baginda bersabda: Kursi Allah merupakan tempat letak kaki-Nya dan Arasy pula tidak dapat ditentukan kadarnya (kebesarannya).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1662, hadis no. 8394. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Dhiya’.
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman