Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان أَحَبُّ التمرِ إليه العجوةَ.
Teks Bahasa Melayu
Kurma yang paling disukai baginda ialah kurma ‘Ajwah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 406, hadis no. 2177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: «كان أحب التمر إليه العجوة». [أبو الشيخ في «أخلاق النبي ﷺ»، «الضعيفة» (4162)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kurma yang paling disukai baginda ialah kurma ‘Ajwah". [Riwayat Abu al-Syaikh dalam Akhlaq al-Nabi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4162].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman