Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kurma 'ajwah itu daripada syurga dan padanya ada penawar bagi racun

Teks Bahasa Arab

العجوةُ منَ الجنَّةِ، وفيها شفاءٌ من السَّمِّ، والكمَأةُ منَ المنِّ، وماؤها شِفاءٌ للعينِ، والكَبشُ العربيُّ الأسوَدُ شفاءٌ من عِرقِ النَّسا، يؤْكلُ لحمِهِ، ويُحسا من مَرَقِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Kurma 'ajwah itu daripada syurga dan padanya ada penawar bagi racun. Cendawan trufel pula adalah antara makanan syurga dan airnya adalah penawar bagi penyakit mata. Manakala biri-biri arab berwarna hitam adalah penawar bagi sakit saraf pinggul ke kaki, dagingnya dimakan dan kuahnya dihirup.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 403, hadis no. 2165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: «العجوة من الجنة، وفيها شفاء من السم، والكمأة من المن، وماؤها شفاء للعين، والكبش العربي الأسود شفاء من عرق النسا، يؤكل لحمه، ويحسا من مرقه». [الضياء، «الضعيفة» (3935)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kurma 'ajwah itu daripada syurga dan padanya ada penawar bagi racun. Cendawan trufel pula adalah antara makanan syurga dan airnya adalah penawar bagi penyakit mata. Manakala biri-biri arab berwarna hitam adalah penawar bagi sakit saraf pinggul ke kaki, dagingnya dimakan dan kuahnya dihirup". [Riwayat al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3935].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.