Kurma 'ajwah adalah antara buah-buahan syurga

TEKS BAHASA ARAB

العجوة من فاكهة الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kurma ‘ajwah adalah antara buah-buahan syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 404, hadis nombor 2166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن بريدة عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعاً: «العجوة من فاكهة الجنة». [عد، «الضعيفة» (3934، 6086)].

(Lemah) Daripada Ibn Buraydah, daripada bapanya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kurma ‘ajwah adalah antara buah-buahan syurga". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3934, 6086].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.