Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العَجوةَ مِن فاكِهَةِ الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kurma 'ajwah adalah antara buah-buahan syurga.
Sahabat Perawi
- Buraydah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 404, hadis no. 2166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن بريدة عن أبيه - رضي الله عنه - مرفوعاً: «العجوة من فاكهة الجنة». [عد، «الضعيفة» (3934، 6086)].
(Lemah) Daripada Ibn Buraydah, daripada bapanya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kurma 'ajwah adalah antara buah-buahan syurga". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3934, 6086].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman