Kurma Ajwa (ialah kurma) dari syurga

TEKS BAHASA ARAB

العجوة من الجنة، وفيها شفاء من السم، والكمأة من المن، وماؤها شفاء للعين، والكبش العربي الأسود شفاء من عرق النسا، يؤكل لحمه، ويحسا من مرقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kurma Ajwa (ialah kurma) dari syurga, dan padanya ada penawar (ubat) kepada racun, sejenis cendawan (Truffle) ialah daripada al-Manna (iaitu sejenis manisan daripada syurga), dan airnya itu penawar untuk mata, dan kambing Arab yang berwarna hitam merupakan penawar bagi penyakit sengal pada sendi tulang dan otot, dan dagingnya dimakan dan diminum kuah air daging tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1178, hadis nombor 5966. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -: ((العجوة من الجنة، وفيها شفاء من السم، والكمأة من المن، وماؤها شفاء للعين، والكبش العربي الأسود شفاء من عرق النسا، يؤكل لحمه، ويحسا من مرقه)). [الضياء، ((الضعيفة)) (3935)]

(Lemah)
Hadis ini telah diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kurma Ajwa (Kurma Nabi SAW) merupakan daripada syurga, dan padanya ada penawar (ubat) kepada racun, sejenis cendawan (Truffle) merupakan daripada al-Manna (iaitu sejenis manisan daripada syurga), dan air cecairnya itu penawar untuk mata, dan kambing Arab yang bewarna hitam merupakan penawar bagi penyakit sengal pada sendi tulang dan otot, dan dagingnya dimakan dan diminum kuah air daging tersebut.
[Riwayat al-Diya'. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 3935]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs