Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العجوةُ منَ الجَنَّةِ، وَفِيهَا شِفَاءٌ من السُّمِّ، وَالكَمْأَةُ مِنَ المنِّ، وماؤُهَا شِفَاءٌ للعَيْنِ، والكَبشُ العَرَبِيُّ الأَسْوَدُ شفَاءٌ من عِرْقِ النَّسَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ ويُحْسَا مِنْ مَرَقِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Kurma Ajwa daripada syurga, dan padanya ada penawar kepada racun. Cendawan (Truffle) pula merupakan salah satu al-mann (manisan yang dikurniakan kepada Bani Israel dahulu), dan airnya merupakan penawar untuk mata. Manakala kambing Arab yang berwarna hitam merupakan penawar bagi penyakit saraf sciatic, dagingnya dimakan dan kuahnya dihirup.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1178, hadis no. 5966. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -: ((العجوة من الجنة، وفيها شفاء من السم، والكمأة من المن، وماؤها شفاء للعين، والكبش العربي الأسود شفاء من عرق النسا، يؤكل لحمه، ويحسا من مرقه)). [الضياء، ((الضعيفة)) (3935)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kurma Ajwa daripada syurga, dan padanya ada penawar kepada racun. Cendawan (Truffle) pula merupakan salah satu al-mann (manisan yang dikurniakan kepada Bani Israel dahulu), dan airnya merupakan penawar untuk mata. Manakala kambing Arab yang berwarna hitam merupakan penawar bagi penyakit saraf sciatic, dagingnya dimakan dan kuahnya dihirup. [Riwayat al-Dhiya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3935]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman