Kurangkanlah masuk menemui orang-orang kaya

TEKS BAHASA ARAB

أقلوا الدخول على الأغنياء فإنه أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kurangkanlah masuk menemui orang-orang kaya. Itu adalah perkara yang sepatutnya kamu lakukan supaya kamu tidak memandang rendah terhadap nikmat Allah SWT.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 241, hadis nombor 185. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (ق 163/ 1- 2) وابن عدي في الكامل (5/ 1731) من طريق عمار بن زربي قال: حدثنا بشر بن منصور، عن شعيب بن الحبحاب، عن أبي العالية عن مطرف بن عبد الله بن الشخير عن أبيه فذكره مرفوعاً. وأخرجه الحاكم (4 / 312) وقال: صحيح الإسناد ووافقه الذهبي
قلت: ولكن الإسناد ساقط من نسخة المستدرك وإن كنت أرجح أنه عين الإسناد المتقدم بدليل قول العقيلي: عمار بن زربي لا يعرف الحديث إلا به.
وقد وهم الحاكم والذهبي في تصحيحه لا سيما الأخير فإنه أورد الحديث في الميزان تبعا للعقيلي وابن عدي: وقال: وقد سمع من عمار بن زربي عبدان الأهوازي وتركه ورماه بالكذب. قال العقيلي: الغالب على حديثه الوهم. وقال ابن عدي: هذا غير محفوظ بهذا الإسناد.

Dha’if Jiddan (Terlalu lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 163/1-2) dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (5/1731) melalui sanad ‘Ammar bin Zurbi, katanya Bishr bin Mansor telah menceritakan kepada kami daripada Shu’aib bin al-Habhab daripada Abu al-‘Aliyah daripada Mutarrif bin Abd Allah bin al-Syikhkhir daripada ayahnya, lalu beliau menyebutkan hadith itu secara marfu’. Hadith tersebut turut diriwayatkan oleh al-Hakim (4/312), kata beliau: "sanadnya sahih". Al-Zahabi bersetuju dengannya.
Saya berkata: Namun sanadnya tercicir daripada nuskhah al-Mustadrak. Saya memilih bahawa sanadnya sama dengan sanad yang lepas, buktinya adalah kata-kata al-‘Uqaili: "Ammar bin Zurbi, beliau tidak dikenali melainkan melalui hadith ini". Al-Hakim dan al-Zahabi telah keliru dalam penilaian sahih mereka, lebih-lebih lagi al-Zahabi, kerana beliau turut memasukkan hadith ini dalam al-Mizan kerana mengikuti al-‘Uqaili dan Ibn ‘Adi, seraya al-Zahabi berkata: "’Abdan bin al-Ahwazi telah mendengar daripada ‘Ammar bin Zurbi. Ulama meninggalkan beliau dan melemparkan dakwaan bahawa beliau melakukan pendustaan". Al-‘Uqaili berkata: "Kebanyakkan hadith beliau adalah keliru". Ibn ‘Adi pula berkata: "Hadith ini tidak mahfuz melalui sanad ini".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs