Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kurangkanlah dosa kerana ia akan memudahkan kematian kamu

Teks Bahasa Arab

أقِلَّ منَ الدَّينِ تعش حرًّا وأقلَّ منَ الذُّنوبِ يَهُن عليْكَ الموتُ وانظر في أيِّ نصابٍ تضعُ ولدَكَ فإنَّ العرقَ دسَّاسٌ.

Teks Bahasa Melayu

Kurangkanlah dosa, ia akan memudahkan kematian kamu. Kurangkanlah berhutang, agar kamu boleh hidup bebas, dan lihatlah dimana kamu akan tentukan sebagai nasab keturunanmu (pilihlah pasangan), (kerana) sesungguhnya keturunan itu merupakan hasil percampuran (benih suami dan isteri).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1749, hadis no. 8818. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر-رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((أقل من الذنوب يهن عليك الموت، أقل من الدين تعش حرا، وانظر في أي نصاب تضع ولدك، فإن العرق دساس.)) [عد، هب، القضاعي، ((الضعيفة)) (2023، 5337)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Kurangkanlah dosa, ia akan memudahkan kematian kamu. Kurangkanlah berhutang, agar kamu boleh hidup bebas, dan lihatlah dimana kamu akan tentukan sebagai nasab keturunanmu (pilihlah pasangan), (kerana) sesungguhnya keturunan itu merupakan hasil percampuran (benih suami dan isteri).)) [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2023, 5337].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.