Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Kurangkanlah dari memasuki kawasan orang-orang kaya

Teks Bahasa Arab

أقِلُّوا الدُّخولَ على الأغنياءِ؛ فإنهُ أحرَى أن لَّا تزدَرُوا نعمةَ اللهِ عزًّ وجلَّ.

Teks Bahasa Melayu

Kurangkanlah dari memasuki kawasan orang-orang kaya, kerana ia lebih mengelakkan kamu dari tidak menghargai nikmat Allah Azza wa Jalla.

Sahabat Perawi

  1. Mutarrif RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 200, hadis no. 1043. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن مطرف عن أبيه - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أقلوا الدخول على الأغنياء؛ فإنه أحرى أن لا تزدروا نعمة الله عز وجل)). [عق، عد، السلفي في ((الطيوريات))، فر، ((الضعيفة)) (2868)]

(Terlalu Daif) Daripada Mutarrif daripada bapanya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kurangkanlah dari memasuki kawasan orang-orang kaya, kerana ia lebih mengelakkan kamu dari tidak menghargai nikmat Allah Azza wa Jalla. [Riwayat al-’Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, al-Silafi dalam al-Thuyuriyyat dan al-Daylami dalam Musnad Al-Firdaws . Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2868]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.